Cute and Hensem

16 May 2011

Kematian Kepastian

Credit. Kubur memanggil kita setiap hari. Bersediakah kita untuk menyeru panggilannya?
Assalamualaikum Salam pagi Jumaat.Penghulu segala hari.

*****

Uda: Abah, Paman Sahri call tadi, dia kata isteri atok yang kat Meru meninggal.
Abah: Innalillahiwainna ilaihi rojiun. Bila?
Uda: Baru tadi. Dia suh bagitahu yang lain.

*****

Ok, isteri atok. Aku dah lupa nama atok sapa. Sebab atok abah, kitorang pun tak kenal sangat. Abah yang kenal. Ramai sangat saudara. Al-fatihah buat nenenda, semoga pemergianmu dicucuri rahmat. Amin.

Tak kira, bila, di mana, siapa kita, berapa umur kita. Mati itu satu yang pasti. Tiada siapa mengetahui bila kita mati. Adakah kita sudah bersedia? Berapa banyak dah amalan kita? Sudah tertunaikah tanggungjawab kita? Sungguh, aku sendiri pun banyak melakukan dosa, sama ada sedar ataupun tidak.

1 perkara yang pasti kita sebagai seorang yang beragama Islam inginkan ialah meninggal pada malam Jumaat atau hari Jumaat seperti nenenda ini.

Apa kelebihan meninggal pada malam Jumaat @ hari Jumaat?

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah). Mudahan-mudahan kita juga terpilih untuk mengakhiri nafas ini dengan pengakhiran yang terbaik. Amin Ya Robb.
















http://www.fasihah.com/